Kenyataan Media

Annuar Musa Teraju Inisiatif Kebajikan Wilayah Persekutuan

89

30 Ogos 2021 – Sejak dilancarkan pada 15 Julai yang lepas, Rumah Prihatin merupakan Hotel Kebajikan pertama di Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu warga Wilayah Persekutuan (WP) yang terkesan akibat Covid-19 khususnya membantu golongan miskin bandar.

Rumah yang diilhamkan oleh Tan Sri Annuar Musa, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang operasinya diselaraskan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Hotel Pulse Grande.

“Ada beberapa program khususnya Program di Rumah Prihatin walaupun dimulakan oleh saya dan saya telah berpindah kementerian, saya berhasrat akan bergandingan tenaga dengan YB Menteri (YB Datuk Seri Shahidan Kassim) kerana aktiviti di rumah ini dijalankan secara NGO serta dengan dokongan kuat daripada pemilik hotel ini. 

“Saya akan memanfaatkan hotel ini untuk tujuan kebajikan untuk tempoh 1 ke 2 tahun sehingga Covid-19 menjadi agenda nasional (berakhir)”, ujar beliau dalam sidang media hari ini.

Pada peringkat awal operasi, rumah ini menawarkan 6 khidmat utama kepada orang ramai iaitu Dapur Prihatin, Food Bank Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Khidmat Vaksinasi  Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin.

Khidmat ini digerakkan secara bersepadu oleh 233 orang pegawai yang dipinjamkan dari pelbagai agensi serta 2,078 sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVO) yang bertugas di dalam dan luar Rumah Prihatin.

Rumah Prihatin juga telah mendapat pengsyoran daripada Hospital Kuala Lumpur untuk dijadikan Bilik Penginapan Prihatin yang menempatkan seramai 10 orang pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan di hospital tersebut.

“Kita akan bekerjasama penuh dengan doktor di hospital untuk membolehkan mereka diberikan perhatian sepenuhnya ketika mereka berada di sini”, ujar beliau lagi.

Selain itu juga, Annuar turut menambah pihak Rumah Prihatin akan memperkenalkan ATM Beras yang dijangka memanfaatkan seramai 15,000 keluarga miskin di Wilayah Persekutuan dan dikhaskan untuk warganegara sahaja.

“Beberapa bulan yang lepas, saya telah melancarkan program MyBeras di mana ketika itu saya telah menyampaikan 5,000 kampit beras. Sekarang ini, dengan adanya ATM Beras, mereka boleh datang mendapat bekalan beras antara 1kg sehingga 5kg beras dengan membawa bekas mereka sendiri.

Tambahnya, ATM Beras ini akan dilancarkan pada 31 Ogos dan akan beroperasi selama 5 hari seminggu. 

Annuar juga turut mengumumkan inisiatif Toy Beg khusus untuk mengumpulkan permainan terpakai dan diserahkan kepada golohgan yang memerlukan.

“Toy (permainan) yang terpakai ini akan dikumpulkan, dicuci dan diserahkan kepada kanak-kanak yang memerlukan untuk menceriakan kehidupan mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Malam Kasih Merdeka di Rumah Prihatin. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Jalaluddin Alias. 

Annuar Musa kini dilantik memegang portfolio baru iaitu Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia selaras dengan penubuhan kerajaan baru diterajui Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...