Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MCMC SEDIA GERAN KAJIAN MASYARAKAT DIGITAL

146

23 Ogos 2021– Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa penyelidik untuk mengemukakan kertas cadangan di bawah program Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG).

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, dua (2) bidang kajian yang diberi tumpuan adalah Warga Digital dan Kesejahteraan Siber serta Keterangkuman Digital yang berkait rapat dengan bidang keutamaan pembangunan sosioekonomi digital iaitu  perkhidmatan digital, e-dagang, Internet Benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), identiti dan keselamatan digital  serta isu privasi.

“Geran DSRG yang dilancarkan pada Julai 2020 lalu bertujuan membina kajian berasaskan bukti yang diperlukan untuk mempromosi dan menambah baik kefahaman mengenai faktor manusia dan sosial.

“Kajian tersebut juga menyentuh mengenai faktor yang mempengaruhi dan menyumbang kepada  penggunaan  serta pengamalan teknologi dan perkhidmatan digital.

MCMC memaklumkan pihaknya turut berganding bahu dengan pihak penyelidik yang memberi input berguna dan kaedah soal selidik yang digunakan.

Penglibatan MCMC dalam kajian-kajian ini membolehkannya untuk terus membuat keputusan berdasarkan  data dan bukti dalam pengurusannya.

Bagi pihak yang berminat boleh  melayari pautan seperti yang tertera di bawah: https://www.mcmc.gov.my/en/grants/2021-digital-society-research- grant-call-for-propo.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *