23 Ogos 2021 – Pasukan Petugas Khas COVID-19 (CITF) hari ini menyangkal laporan berhubung dakwaan pengamal perubatan am swasta (GP) akan dihentikan.
“CITF mengambil kira pelbagai perkara dalam pengoperasian PICK, seperti kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV), bilangan individu yang perlu disuntik dan bekalan vaksin.
“Keperluan semasa seperti kawalan wabak juga mempengaruhi pelaksanaan PICK sebagai satu program imunisasi COVID-19 di seluruh negara.
Sebelum ini kerajaan telah melancarkan Operasi Lonjakan Kapasiti bermula 26 Julai sehingga 1 Ogos untuk mengawal wabak COVID-19 di Lembah Klang dan menyaksikan peningkatan jumlah penerima dos vaksin di Lembah Klang.
“Sehingga 21 Ogos yang lepas, populasi dewasa Lembah Klang yang telah menerima sekurang-kurangnya dos satu adalah sebanyak 107.7 peratus.
“Peratusan ini turut merangkumi vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin”, ujar CITF lagi.
Berdasarkan statistik tersebut, CITF melihat wujud keperluan untuk bilangan PPV di Lembah Klang dikurangkan, termasuk yang melibatkan para GP.
“Di Lembah Klang, setakat 22 Ogos, 12 PPV telah ditutup dan dari 23 sehingga 29 Ogos, 21 PPV lagi akan ditutup. Daripada 32 PPV yang ditutup, tujuh adalah PPV Awam”, ujar pihak CITF lagi.
“Untuk masa hadapan, akan dimuktamadkan keperluan baharu seperti dos penggalak (booster dose), vaksinasi remaja (umur 12-17 tahun) serta vaksinasi berterusan untuk pendaftar baru dari masa ke masa.
Menurut CITF lagi, pengumuman pelaksanaan perkara-perkara ini dan lain-lain lagi perkara akan dibuat dari semasa ke semasa, apabila perancangan yang lebih konkrit berasaskan data, keperluan serta polisi sama ada yang baharu atau yang sedia ada diputuskan oleh semua pihak.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment