21 Ogos 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas perlantikan beliau.
Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perlantikan ini diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“PDRM akan kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang, demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri” ujar beliau dalam kenyataan media semalam.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment