16 Ogos 2021- Sistem pendidikan negara harus distuktur semula dari segi dasar, penyampaian dan dari segi individu yang memberi pendidikan dalam setiap bidang ujar Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Jelasnya, ‘teaching curriculum matters’ perlu diubah suai selaras dengan kehendak pasaran kerana dunia sudah bergerak ke hadapan.
“Kalau kita tak pinda semua ini dari segi konten, struktur, ppenyampaian dan dari segi invidu yang berikan pendidikan, saya rasa mutu pendidikan kita akan menurun.
“Kita dah lari dari mutu, generasi muda berlumba dari pelbagai segi, kita kena beri sistem pendidikan yang boleh tingkatkan kebolehan, keupayaan mereka dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi,” katanya dalam Bicara Tokoh: Hala Tuju Wanita Malaysia secara dalam talian di Facebook Suara Aspirasi Wanita Malaysia semalam.
Mengulas lanjut, beliau mengatakan kualiti lebih penting berbanding kuantiti di mana ‘subject matters’ boleh diketengahkan menjadi bidang pembelajaran dan boleh menjadi dasar kerajaan mahupun swasta.
“Kukurikulum tidak boleh statik sahaja, apa guna dapat gelaran ‘first class’ (kelas pertama) jika tak releven kepada individu yang nak ambil mereka bekerja nanti.
“Tingkatkan kualiti siswazah/graduan negara kita dan gunakan penanda aras global untuk menilai dan tingkatkan kandungan kukurikulum nasional yang boleh diajar di sekolah-sekolah.
“Dunia dah berubah, perlu ubah suai kukurikulum ini sesuai untuk 10 tahun akan datang, bukan konten yang sama tahun 80an dulu,” katanya.
- ALAMI YANG TERBAIK DI THAILAND MENERUSI
“THINK THAILAND” FESTIVAL - COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal