16 Ogos 2021- Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menjelaskan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) tidak diperlukan buat masa sekarang.
Ujarnya, perlembagaan negara yang menentukan kepada jalan penyelesaian untuk tidak menimbulkan spekulasi.
“Kita lihat apa yang berlaku dalam suasana politik, pergolakaan politik dan penyelesaian serahkan pada perlembagaan.
“Lihat dalam masa terdekat apa yang akan berlaku, rujuk kepada sistem demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang yang selaras dengannya,” katanya dalam Bicara Tokoh: Hala Tuju Wanita Malaysia secara dalam talian di Facebook Suara Aspirasi Wanita Malaysia semalam.
Ujarnya, beliau yang terlibat dengan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.
“Tujuan adalah untuk mengumpul idea dan merumus pandangan untuk diberikan kepada kerajaan dan terpulang sama ada mereka terima atau tidak.
“Kalau kita tangani COVID-19 dengan baik, buat juga langkah-langkah yang boleh gerakkan ekonomi, kesan positif akan datang kepada rakyat dan itu matlamat kita,” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang