Pelancongan @ My LNA

Pulau Langkawi Capai Imuniti Kelompok Akhir Ogos Ini – Nancy Shukri

191
SSUCv3H4sIAAAAAAAEAJ1Vy67bIBDdV+o/RF4nEgMYQ7+hf3DVxRjTBMU2kR+Joqv8e7ETtzzuVat65RnOMOfMwPD+9ctuV9Q4Wl18270vlrdt287jNOBkXe/dZP/ym8ZObrDYLs7F91hXinHCaR7NuGzxcmmczNFjn85X/Jbn7WnvtoV10Uf4paLYB75xrlff5nrs/zvy+fNjk4JH0+v7SjgQMpjW4FPI2xNanG+TGbpIhVvz/RZRCFKC/JO9EACChnZZMRXYFQCwIiHUYn88481GO0vCSp4iO2zxPlqMOQBhJEWOJgExoPKDxE2HwzlGUiaqFPndI0eNF5NAlRKhWlKKjEmN94QJpWUGMqhPGSysHCekEpQHHiAUSKZJt25u4owVr6qMlsFjm6rhZQY7udY2qQLf9IgIZQAqrgNEdQHmCYTrIPPeun7uTJ+cL2AqOy+9v3KDSSkRFtWGKAhTSl8CEgEApIiryWSWymmD/QcHKdBCFRVp2AUHbOyYcGSVgPAuKMKzgzDOXWeGpC9SZm32I+pq2ggHRHBGkjbwv7Yl29hektJSVmW7ZlHuYjW26U2KLr8vVV7hK+pt2H5+wv6J+c3P3axyAJ/1Kph9V9sYF0xwnBvrgrF3dV7aMgdZEHQZrLb9MQhz02klsIVpN/fTsNydYhs+2xPh3xjXBaG9m9bR+5rkReO1rHEMuCRVuXxScEpenfDvjtNn24Tvjm2WCFqXopGsPLD6Jz1wAuqgasUOmgsFquLeWLr3+AXJU/zz/wYAAA==

15 Ogos 2021 – Kementerian Pelancongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri bahawa Kerajaan sedang meneliti pandangan serta maklum balas dari stakeholders berhubung perancangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan.

Menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, beliau yakin dengan langkah tersebut berdasarkan tiga aspek utama, iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat; ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan; serta kesejahteraan rakyat.

“Penduduk di Pulau Langkawi adalah berjumlah 108,400 orang dan bilangan yang layak mendapat vaksin adalah seramai 76,400 orang.

“Jumlah keseluruhan penduduk yang telah menerima vaksin (dos pertama dan kedua) adalah seramai 88,137 dan dijangkakan pada hujung bulan ini Pulau Langkawi akan berjaya mencapai tahap imuniti kelompok.

Beliau menambah, pada 14 Ogos yang lepas, pihaknya telah melaksanakan sesi libat urus secara maya yang melibatkan 15 wakil persatuan serta penggiat industri pelancongan.

Sebelum ini beberapa sesi libat urus juga telah dilaksanakan oleh Nancy sebagai persediaan ke arah pembukaan semula pulau lagenda tersebut.

“MOTAC juga dalam perancangan untuk melaksanakan pendekatan gelembung pelancongan di destinasi pelancongan utama yang lain terutamanya bagi lokasi yang mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang mudah dikawal seperti di pulau-pulau peranginan yang terdapat di seluruh negara”, ujar Nancy dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan usaha menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan.

Bagaimanapun, beliau menambah projek ini adalah terhad kepada individu yang telah melengkapkan vaksin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles