Kenyataan Media

UAE Sumbang 1 Juta Vaksin Kepada Malaysia, Sokong Usaha PICK – Hishammuddin

153

14 Ogos 2021 – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menyumbangkan sebanyak satu juta dos vaksin tambahan secara percuma kepada Malaysia.

Menteri Kanan Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebelum ini UAE telah menyumbang 20,000 kit ujian RT-PCR pada Mac 2020 dan 7 tan cecair sanitasi tangan khusus untuk Wisma Putra yang telah diagihkan kepada barisan hadapan diplomatik di Malaysia dan di luar negara.

“Sumbangan ini bakal memberi nilai tambah dalam usaha kerajaan Malaysia menangani COVID-19, serta meningkatkan lagi kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sumbangan terbaharu dan akan diterima ini secara jelas menggambarkan hubungan yang erat antara Malaysia dan UAE dengan kerjasama berterusan antara dua negara dalam pelbagai bidang”.

“Malaysia dan UAE kekal komited untuk mengukuhkan hubungan bilateral, berdasarkan asas yang dibina dari nilai saksama dan tradisi antara dua negara, demi kepentingan rakyat bersama”katanya.

Tambah Hishammuddin, beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia menzahirkan ucapan penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, Menteri Luar UAE Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan dan seluruh kepimpinan UAE atas sokongan dan sumbangan yang diberikan sepanjang menghadapi wabak COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...