Kenyataan Media

Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan Mencabar Dalam Norma Baharu – Mohammad Mentek

129

13 Ogos 2021 – Sambutan Bulan Kebangsaan yang merangkumi 3 komponen program utama dianjurkan dalam keadaan mencabar susulan negara masih berdepan dengan penularan Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Mentek berkata, kementeriannya perlu mengadakan perancangan yang teliti serta bermesyuarat setiap hari bagi memastikan pelaksanaan sambutan bulan kebangsaan selari dengan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak KKMM juga sudah memastikan setiap peserta yang menyertai sambutan bulan kebangsaan telah melengkapkan 2 dos iaitu bersamaan dengan 98% jumlah peserta keseluruhan yang terlibat”, ujar beliau ketika ditemubual oleh BernamaTV.

Menurutnya lagi, semua yang terlibat juga mematuhi gelembung keselamatan yang dilaksanakan iaitu berlatih bersendirian di tempat khas.

Selain itu juga, Mohammad memberitahu khemah khas yang dilengkapi pengudaraan untuk peserta persembahan didirikan bagi tujuan pengasingan serta bagi mengawal pergerakkan selain memastikan hanya yang terlibat dibenarkan berada di kawasan sambutan.

“Ujian calitan (swab test) dilaksanakan 3 hari sebelum raptai dan hari sebenar. Pematuhan dan pemantauan ketat juga dikena untuk semua SOP melibatkan penjarakan fizikal, pergerakan, pemakaian pelitup muka dan sanitasi di lokasi.

Bertemakan Malaysia Prihatin yang membawa maksud keprihatinan seluruh Malaysia dalam memerangi Covid-19, sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini bakal memberikan impak kepada seluruh rakyat untuk dihayati.

“3 komponen utama sambutan adalah amanat perdana sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri pada 7 Ogos yang lepas, Sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 31 Ogos ini dan Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.

Mohammad berkata, acara utama tidak melibatkan kehadiran secara fizikal dan dilaksanakan dalam skala kecil selari dengan keputusan Jemaah Menteri dan saranan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 berkata, acara utama seperti upacara menaikkan bendera, bacaan ikrar Rukun Negara, Persembahan Drumline dan Kawad Senyap daripada ATM dan TLDM akan diadakan beserta dengan acara-acara lain.

Bagi program sepanjang bulan tersebut untuk orang ramai, Mohamad berkata program-program seperti pertandingan mewarna, nyanyian, pidato, video Tik Tok, dan sebagainya akan dianjurkan secara digital selari dengan norma baharu yang sedang dipraktikan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar mengibarkan Jalur Gemilang dipremis masing-masing  selain menggalakkan orang ramai berkongsi tanda pagar atau hashtagbagi semua aktiviti kenegaraan di platform media sosial masing-masing, iaitu #MalaysiaPrihatin, #HKHM2021, #DemiNegara, #MenangBersama dan #LindungDiriLindungSemua.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...