PUTRAJAYA, 12 Ogos 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyelaras Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi kemudahan penerima vaksin lengkap.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penerima vaksin lengkap adalah merujuk kepada penganut yang telah menerima vaksin dua suntikan bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac serta telah melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua.
“Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino, penganut berkenaan mestilah telah melepasi 28 hari dari tarikh suntikan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Halimah, waktu operasi rumah ibadat selain Islam bagi kesemua fasa di seluruh negara adalah bermula seawal jam 6 pagi hingga 2 petang dan kemudian disambung pada jam 4 petang sehingga 10 malam serta hanya terhad kepada aktiviti keagamaan sahaja seperti sembahyang.
“Bagi SOP PPN Fasa 1 dan Fasa 2, jumlah yang dibenarkan berada dalam rumah ibadat pada satu-satu masa dihadkan kepada 50 orang. Manakala bagi negeri di Fasa 3 dibenarkan kehadiran tertakluk kepada saiz ruang sembahyang rumah ibadat”.
“Orang ramai dinasihati agar sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia” katanya.
- tpay Unveils a Bold New Brand Identity, Leading the Future of Mobile Payments Across META
- From junk to treasure
- Vinpearl’s Multi-Experience Resorts: A “Back to Nature” Experience That’s Anything But Boring
- Bay of Lights: Elevating Cambodia As Premier ASEAN Financial And Tourism Destination
- New Critical Illness Plan by HL Assurance Aims to Bridge Insurance Gaps for Singaporeans
Leave a comment