AMParlimen @ My LNA

Notis Pemberitahuan Benar Ahli Parlimen Tanya Soalan

142

12 Ogos 2021- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata notis pemberitahuan kepada Ahli Parlimen masih dalam proses untuk diedarkan 28 hari sebelum Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke 14 bersidang pada 6 September 2021.

Ujarnya, ianya bagi membenarkan mereka memberikan sebarang soalan semasa persidangan dilaksanakan.

“Hari pertama adalah hari pembukaan di mana urusan biasa seperti soalan-soalan lisan dan mungkin mereka ada sediakan soalan-soalan lisan untuk kita aturkan cadangan.

“Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memberi makluman dan bagi pihak parlimen, kita sedang menunggu surat-surat rasmi kerana tanpa surat-surat ini kita tidak boleh buat sebarang tindakan tetapi sudah dimaklumkan 6 September kita akan buat pembukaan,” katanya sewaktu ditemui oleh Life News Agency dalam program Bantuan Bakul Makanan kepada 50 artis veteran anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) di Desa Melawati baru-baru ini.

Disoal mengenai had kapasiti Ahli Parlimen untuk hadir nanti, beliau akan memastikan sidang Parlimen kali ini berjalan dengan lancar dan akan meneliti jumlah kapasiti individu.

“Biasanya kita akan dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan panggil ketua-ketua whip dari pihak kerajaan dan pembangkang untuk berbincang.

Jelas Rashid, pihak Parlimen masih belum menerima usul percaya terhadap Perdana Menteri yang akan dilaksanakan sewaktu Parlimen bersidang kelak bagi menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Kita masih belum terima dan bagi usul kerajaan tempohnya tidak terlalu jauh dari tarikh persidangan berbanding usul peribadi dalam masa 14 hari, setakat ini kita belum tengok format macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan dan memohon menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri menerusi undi percaya pada sidang Parlimen September ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...