9 Ogos 2021- Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Ekonomi Rakyat dan Kelangsungan Perniagaan bakal memberi sinar kepada usahawan yang mengusahakan industri makanan khususnya restoran atau kedai makan juga kepada usahawan yang menjalankan perniagaan pelancongan seperti inap desa atau “homestay”.
Jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kelonggaran kepada penerima vaksin yang lengkap dua dos diharapkan dapat menyuntik kembali sektor keusahawanan negara di mana Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat bergantung kepada sokongan rakyat/pelanggan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka hidup.
“Tidak dinafikan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi atau “ramping-up the vaccination rate” sudah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan.
“Ini merupakan langkah yang tepat bagi membantu usahawan termasuk PMKS menggerakkan kembali perniagaan mereka dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada tahun 2020, memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, di mana ianya menyumbang kepada hampir separuh guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment