MUAR 6 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kelonggaran perjalanan kepada orang ramai yang telah berjaya mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 pada petang ini.
Jelas Muhyiddin, kita masih menggunakan SOP sedia ada dan syarat tambahan mungkin mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan untuk masuk di dalam kedai-kedai.
“Ini bermaksud ekonomi kita akan dibuka semula. Saya melalui pasar di Muar, banyak yang ditutup. Oleh itu, saya percaya bahawa jika keadaan vaksinasi yang saya sebutkan tadi cukup, katakanlah jika daerah Muar sudah mencapai 50 peratus, kita dapat membuka kembali sebahagian besar kedai” katanya.
“Sekiranya lebih ramai orang telah menyelesaikan dua dos vaksin, maka lebih ramai yang boleh keluar untuk berniaga, pergi ke ladang atau melakukan perkara-perkara yang biasa mereka lakukan sebelum ini”.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan barang keperluan dan bakul prihatin kepada ketua kampung serta keluarga yang kuarantin di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan tetap menimbangkan cadangan untuk pembukaan semula beberapa sektor ekonomi terutama peruncitan dan perniagaan kecil khusus kepada individu yang selesai dua dos vaksin.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment