Percubaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong untuk membawa pulang pingat emas bagi acara 10 meter Platform Individu Wanita akhir di Tokyo 2020 wajar diberikan pujian.
Atlet berbangsa Bidayuh itu berentap sama 11 finalis yang lain dan menamatkan perlawanan di tempat ke -12 dengan markah keseluruhan 2245.85 mata selepas melakukan lima terjunan.
Walaupun terjunan pertama beliau hanya meraih 18 mata namun Pandelela bangkit meneruskan perjuangan pada terjunan kedua dan ketiga serta meraih 71.0 dan 60.80 mata.
Namun, nasib tidak menyebelahi apabila beliau hanya meraih 52.80 mata (terjunan keempat) dan 43.20 mata (terjunan kelima) dan seterusnya tidak meraih kemenangan.
Menteri Sukan dan Belia, Datuk Seri Reezal Meerican Naina Meerican menerusi kenyataan di laman Facebooknya memuji usaha atlet berumur 28 tahun itu kerana telah berusaha sebaik mungkin demi mengharumkan nama negara.
“It’s ok Lela. I know you’ve done the best #DemiMalaysia dan bukan mudah untuk berada pada tahap 12 penerjun wanita terbaik dunia.
“Keep your head up high, saya yakin rakyat Malaysia sangat menghargai pencapaian Lela hari ini, tidak sesekali akan putus sokongan rakyat buat Lela,” tulisnya.
Pandelela yang berjaya ke pusingan akhir selepas berjaya mendapat tempat ketujuh dalam separuh akhir di Pusat Akuatik Tokyo semalam.
Penerjun dari negara China, Quan Hongchan berjaya meraih pingat emas dengan jumlah mata keseluruhan 466.20 dan menjadikan beliau wanita kedua termuda memenangi pingat emas dalam acara itu.
Sumber foto : Twitter Pandelela Rinong
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment