PUTRAJAYA 5 Ogos 2021 – Hanya kawasan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diberikan kelonggaran bagi semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak melibatkan sentuhan fizikal, jelas Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Dalam satu kenyataan media daripada KBS hari ini, hebahan infografik yang mendakwa semua aktiviti sukan individu dibenarkan seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.
“Setakat ini, hanya Perlis, Sarawak dan Labuan telah memasuki Fasa Tiga PPN. Oleh itu, pihak KBS memandang serius tentang penularan infografik palsu dan mengelirukan orang awam ini”.
“Sila rujuk infografik tepat yang hanya dikeluarkan KBS atau layari http://www.kbs.gov.my/sopsukanrekreasi selain terus ke laman rasmi Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my,” katanya.
Terdahulu, tular hebahan infografik di media sosial yang mengelirukan orang ramai berhubung prosedur operasi standard (SOP) am sektor sukan dan rekreasi yang hanya dibenarkan bagi Fasa Tiga PPN.
Antara aktiviti sukan dan rekreasi terbabit adalah seperti jogging, senaman, badmiton, tenis, golf, permotoran, mendaki, renang, ski jet, taichi, berbasikal, skateboarding (papan selaju), ekuestrian, tenpin boling, memanah dan gimnasium dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment