5 Ogos 2021- Sambutan Perayaan Zhongyuan atau Yulanpen oleh penganut-penganut agama Buddha dan Tao di tokong adalah dibenarkan dari 8 Ogos hingga 6 September 2021 dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata prosuder operasi standard (SOP) pembukaan rumah ibadat selain Islam telah memperuntukkan syarat-syarat bagi PPN secara berfasa.
“Fasa pertama Hanya 12 Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat sahaja dibenarkan hadir ke rumah ibadat dan enganut tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat dan fase kedua had kehadiran di rumah ibadat hanya 12 orang sahaja termasuk Ahli Jawatankuasa rumah ibadat bermula jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang, 4.00 petang hingga 8.00 malam.
“Manakala had kehadiran di rumah ibadat terhad kepada 50% kapasiti ruang sembahyang rumah ibadat selain Islam bermula jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang dan 4.00 petang hingga 10.00 malam pada fasa ketiga,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujarnya, Sambutan Perayaan Zhongyuan atau Yulanpen di halaman rumah kediaman juga dibenarkan pada 21hb dan 22hb Ogos 2021.
“Rumah jenis kediaman (atas tanah) boleh melaksanakan sambutan di halaman rumah dengan penglibatan ahli keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama sahaja.
“Rumah kediaman strata pelaksanaan adalah ditetapkan di kawasan yang disediakan dan penglibatan dihadkan hanya sepuluh orang maksimum pada satu-satu masa,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment