KUALA LUMPUR 3 Ogos 2021 – Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hazani Ghazali antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertukar serta dinaik pangkat berkuat kuasa 6 September ini.
Hazani akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Dato Idris Abdullah akan menggantikan Hazani sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Komisioner Polis.
Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN PDRM Bukit Aman, Skandaguru Anandan berkata, antara pegawai kanan PDRM yang turut terlibat dalam pertukaran ialah Dato Dev Kumar, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang akan memegang jawatan Timbalan Pengarah JSJ dengan memangku pangkat Komisioner Polis.
“Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.”.
“Bagi jawatan Timbalan Pengarah JSJ Komersil Bukit Aman pula akan diisi oleh Dato Muhammed Hasbullah Ali daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Skandaguru berkata, Ketua Cawangan Khas Pahang, Dato Mohd Khalid Ismail akan mengisi jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis dan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, Salmi Yaacob akan ditugaskan sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.
“Senarai lanjut pertukaran kesemua pegawai terlibat boleh diperolehi di laman sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)” katanya.
- Alpro Pharmacy and Believe Fitness Collaborate on Silver Sneakers Project to Enhance Elderly Well-being and Prevent Falls
- MICHELIN Guide to Highlight the Culinary Excellence of Manila and Environs & Cebu in its Inaugural Edition
- Health2Sync Deepens Reach and Partnerships in South Korea with Growing Adoption of its Digital Disease Management Platform
- HWOO Energy Storage Successfully Launches in Pakistan, Ushering in a New Era of Global Expansion
- naturalX secures €100 Million to fuel the future of Consumer Health in Europe
Leave a comment