1 Ogos 2021 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa pemakaian atlet wanita tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu. Katanya rakyat tidak boleh berkompromi dengan komen-komen negatif berkenaan cara pemakaian atlet wanita, sama ada kerana pilihan peribadi, faktor keselesaan mahupun agama.
“Di saat atlet wanita mula membuat keputusan sendiri berkenaan pakaian mereka di gelanggan, terdapat netizen telah membuat komen menghina serta menunjukkan pemikiran sempitnya. Komen itu telah tersebar meluas di media sosial.
Azreen Nabila Alias, pelari pecut kita, seharusnya disokong dan bukannya dikecam atas pendiriannya untuk memakai hijab ketika di trek olahraga. Cara pemakaiannya tiada kaitan dengan prestasinya sebagai pelari pecut kebangsaan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Zuraida, semua atlet kebangsaan sepatutnya diberi ruang untuk mewakili negara dalam apa jua pertandingan, dengan penuh keyakinan bahawa seluruh rakyat berada di belakang mereka.
- KOPERASI GTR & SIME DARBY OILS JALIN KERJASAMA PERKENAL MARJERIN EKSKLUSIF JENAMA ALIF UNTUK GTR BURGER
- Avery Dennison launches AD XeroLinr DT™, its linerless label portfolio for variable information printing
- Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong
- MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R
- Tourism Malaysia – Air Asia Collaboration Brings Taiwanese Influencers And Bloggers To Promote Malaysia
Leave a comment