Parlimen @ My LNA

Sidang Dewan Rakyat 2 Ogos Ditangguhkan

115

31 Julai 2021 – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menangguhkan persidangan Dewan Rakyat kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

LNA memetik sumber surat rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli Dewan Rakyat di mana   Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung penangguhan ini yang selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian  risiko  semasa  yang  telah  dijalankan  oleh  Kementerian  Kesihatan  susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat  bahawa  Parlimen  Malaysia  merupakan  lokaliti  berisiko  untuk  berlakunya penularan jangkitan COVID-19”, ujar surat tersebut.

Nizam juga telah diarahkan oleh Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengemukakan pemberitahuan ini kepada Ahli Dewan Rakyat berhubung penangguhan persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNATenaga @ My LNAUTAMA

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan...