SEMASA

Polis Nasihat Terus Patuh SOP – IGP

29 Julai 2021 – Polis hari ini mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) MKN mengenai pergerakkan dan penganjuran apa-apa aktiviti sosial yang masih berkuatkuasa di negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2.

Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, SOP yang masih berkuatkuasa meliputi larangan rentas negeri dan daerah kecuali bagi tujuan yang dibenarkan, urusan pembelian barang keperluan yang dihadkan kepada 2 orang dalam lingkungan jarak 10 kilometer dari kediaman.

Selain itu SOP turut meliputi urusan perubatan yang dihadkan kepada 3 orang sahaja, pergerakan rentas negeri dan daerah yang dibenarkan untuk tujuan pengambilan vaksin dan tidak diberarkan menganjur aktiviti sosial yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Beliau menambah, masyarakat perlu terus mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19 dan bekerjasama untuk menjayakan PPN.

“PDRM kekal komited dan akan meneruskan pemantauan pematuhan SOP demi keselamatan kesihatan masyarakat serta mendukung hasrat kerajaan memerangi wabak Covid-19”, ujar beliau.

“Tindakan sewajarnya di bawah Akta 342 akan diambil kepada mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan ditetapkan”, ujar beliau lagi.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *