AMEkonomi @ My LNA

Perdagangan Malaysia Lepasi RM 1trillion

981

29 Julai 2021 – Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dengan jumlah perdagangan Malaysia telah melepasi RM1 trilion pada separuh pertama (H1) tahun 2021.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataan media berkata, perdagangan bernilai RM1.056 trilion, berkembang 26% berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala eksport naik 30.2% kepada RM585.56 bilion dan import meningkat 21.1% kepada RM470.53 bilion.

Nilai ini merupakan nilai yang tertinggi direkodkan bagi perdagangan, eksport dan import dengan China dan Amerika Syarikat kekal menjadi antara negara tertinggi rakan dagang Malaysia selain Singapura bagi negara Asean.

Eksport ke kesemua pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit dan berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing meningkat sebanyak 10.4%, 14.3%, 5.9% dan 61.7%.

Perdagangan dengan China pada tempoh enam bulan pertama 2021 meningkat 32.7% kepada RM199.51 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Eksport naik 27.7% kepada RM88.87 bilion dipacu oleh kenaikan eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam serta LNG. Import dari China berkembang 37.1% kepada RM110.64 bilion.

Manakala bagi tempoh enam bulan pertama 2021, perdagangan dengan AS meningkat 27.8% kepada RM103.22 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Eksport ke Amerika Syarikat melonjak 47.3% kepada RM68.06 bilion dipacu oleh kenaikan eksport keluaran getah, barangan E&E, barangan optik dan saintifik, barangan kayu serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import pula berkembang 1.6% kepada RM35.16 bilion.

Bagi negara Kesatuan Eropah pula, 2 negara tertinggi yang mencatatkan pertumbuhan eksport adalah Jerman yang meningkat RM 608.6juta berikutan peningkatan keluaran getah dan Belanda yang meningkat RM 354.3juta disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan perkilangan berasaskan minyak sawit.

Jepun pula menjadi antara negara yang mencatatkan peningkatan perdagangan pada setengah tahun pertama 2021 yang naik sebanyak 22.1% kepada RM73.93 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Eksport ke Jepun meningkat 18.2% kepada RM37.03 bilion hasil kenaikan eksport barangan E&E, keluaran getah dan barangan perkilangan logam. Import dari Jepun meningkat 26.3% kepada RM36.91 bilion.

Selain itu juga, prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum kenaikan pada Jun 2021 dengan jumlah perdagangan meningkat 29.3% kepada RM188.7 bilion berbanding Jun 2020.

Eksport pula merekodkan peningkatan tahun ke tahun yang ke-10 bulan berturut-turut sejak September 2020, mencatatkan pertumbuhan kukuh 27.2% kepada  RM105.47 bilion.

Nilai ini merupakan kali ketiga nilai eksport melebihi RM100 bilion direkodkan manakala import naik 32.1% kepada RM83.23 bilion dan lebihan dagangan berkembang 11.7% kepada RM22.24 bilion.

Di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19, Malaysia terus mengekalkan pertumbuhan eksport yang disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi keluaran petroleum, barangan elektrik dan elektronik (E&E).

Barangan E&E khasnya litar bersepadu elektronik yang digunakan dalam pengeluaran telefon pintar, kereta, komputer dan kelengkapan rumah serta keluaran getah.

Bagi negara ASEAN terus menjadi destinasi utama eksport barangan Malaysia dengan produk petroleum, kimia dan bahan kimia, barang perkilangan logam dan jentera serta kelengkapan peralatan.

Pada Jun 2021, perdagangan dengan ASEAN naik 25.8% tahun ke tahun kepada RM44.98 bilion, menyumbang 23.8% kepada jumlah perdagangan Malaysia.

Eksport mengekalkan pertumbuhan dua digit sejak Februari 2021, meningkat 22.7% kepada RM27.05 bilion.

Singapura dan Thailand pula menjadi 2 negara tertinggi eksport Malaysia dengan masing-masing mencatatkan RM 12.60 bilion dan RM 4.74 bilion.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...