Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Capaian Internet Di Kudat Ditingkatkan

77

28 Julai 2021 – Pembinaan sembilan (9) buah menara baharu di Kudat, Sabah yang telah beroperasi sepenuhnya sejak 15 Jun yang lalu dijangka meningkatkan capaian internet di bahagian tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berkata, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak 8 buah menara terletak di kampung-kampung dalam daerah Kudat manakala sebuah menara di kampung daerah Pitas.

Penambahan menara komunikasi di bahagian tersebut sekaligus memudahkan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai urusan harian seperti pembelajaran dalam talian, bekerja dari rumah dan urusan perhubungan.

“Di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPD) ini dijangka akan memanfaatkan seramai 6,520 orang penduduk di Bahagian Kusat sekaligus mentransformasikan kehidupan penduduk setempat dalam mengharungi era digital yang semakin pesat”, ujar suruhanjaya tersebut dalam kenyataan media.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan tapak menara komunikasi baharu bagi 13 lagi menara komunikasi di Bahagian Kudat sedang giat dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Disember 2021” ujar suruhanjaya tersebut.

Kesalinghubungan internet yang lebih baik juga akan membantu memperbaiki sosioekonomi penduduk di kawasan ini melalui aktiviti ekonomi secara dalam talian dengan lebih lancar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...