Parlimen @ My LNA

Najib Persoal Kerajaan Batal Proklamasi Darurat

76

27 Julai 2021 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan proklamasi darurat yang telah diumumkan sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan membuat sidang media dengan mengemukakan 3 persoalan utama yang perlu dijawab kerajaan berikutan keputusan kerajaan yang telah membatalkan proklamasi darurat pada 21 Julai yang lepas.

Dalam sidang media semalam, Najib berkata ada tiga persoalan utama berkaitan pengumuman oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) Dato’ Takiyuddin Hassan semalam yang perlu dijawab segera oleh kerajaan.

Persoalan pertama, katanya, adalah jika proses undang-undang dipatuhi dalam pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan digazetkan yang masih tidak dijelaskan oleh kerajaan.

Selain itu, persoalan kedua di mana beliau turut membangkitkan jika pembatalan boleh dibuat secara dibelakangkan (backdated) kerana ia membawa implikasi besar terhadap kesahan tindakan yang diambil pihak berkuasa sejak 21 Julai yang boleh dipersoalkan atau terbatal dari segi undang-undang.

Soalan ketiganya pula berkenaan tiga peraturan ordinan yang dikatakan telah dibatalkan, yang menurutnya turut termasuk ordinan induk darurat.

“Ini boleh menimbulkan soal kesahihan dari segi undang-undang dan keabsahan kerajaan dari 21 Julai hinggalah 1 Ogos.

“Pada pendapat saya, kenyataan semalam amat mengelirukan rakyat dan dewan. Penjelasan yang tepat, terperinci dan sejelas-jelasnya perlu dilakukan sebelum ia menimbulkan begitu banyak persoalan di kalangan rakyat dan ahli parlimen,” katanya lagi.

Najib dijangka mengambil giliran perbahasan pada hari khamis ini (29 Julai) turut mendakwa semasa beliau menjadi perdana menteri, undang-undang darurat yang dibatalkan semasa perlu dibentangkan di kedua-dua dewan sebelum mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan digazetkan.

Berdasarkan kepada portal rasmi Jabatan Peguam Negara, sehingga kini terdapat 6 ordinan darurat yang diwartakan tahun ini seperti berikut :

  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 (Berhubung berita palsu)
  • Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 (Berhubung kuasa untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif)
  • Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNATenaga @ My LNAUTAMA

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan...