AM

Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah di Petaling Jaya

67

27 Julai 2021 – Polis hari ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh pelajar antarabangsa menerusi serbuan di pangsapuri di Sungai Way hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan tersebut, seramai tiga orang suspek adalah pelajar di sebuah kolej swasta dan seorang lagi merupakan penganggur yang berada dalam lingkungan umur 20 sehingga 25 tahun.

Dalam serbuan di pangsapuri tersebut, Fakhrudin berkata pihak polis telah berjaya menemui 5 ketulan mampat disyaki ganja dengan anggaran berat keseluruhan berjumlah 5 kilogram dan peralatan memproses dadah di pangsapuri tersebut.

“Polis juga telah menyemak rekod keempat-empat suspek tersebut dan didapati tiada rekod jenayah sebelum ini selain suspek merupakan pengedar dan penagih dadah yang terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak 6 tahun yang lepas”, ujar beliau.

Selain itu juga, menerusi serbuan berasingan di Jalan Golf, Shah ALam, pihak polis telah berjaya menahan sebuah kenderaan dan berdasarkan pemeriksaan, pihak polis telah berjaya menemui dadah di dalam kenderaan tersebut yang dianggarkan seberat 6 kilogram.

Seramai 2 orang suspek berumur 29 tahun dan 34 tahun ditahan dalam serbuan tersebut yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Selangor. 

“Saringan ujian air kencing juga mendapati suspek negatif dadah selain semakan rekod jenayah menunjukkan tidak menunjukkan sebarang rekod”, ujar beliau lagi.

Nilai keseluruhan hasil rampasan berjumlah RM 110,780.00 dan kesemua kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (1) dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...