26 Julai 2021 – Sebanyak 14,629 koperasi di seluruh negara bakal menerima manfaat menerusi produk baharu di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya akan memperuntukan RM 230 juta untuk Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) yang bakal memanfaat keahlian koperasi seramai 6.5 juta orang.
“Menerusi inisiatif ini, sebanyak 5 produk dicadangan dalam usaha meningkatkan promosi pembiayaan TMPSKM adalah Pembiayaan Koperasi Mikro atau Micro Coop Financing (MicCoopFi-1), Pembiayaan Lestari atau Lestari Financing (LesFi-1), Pembiayaan Permulaan atau Startup Financing (SuFi-1), Pembiayaan 100 Koperasi Terbaik atau Best 100 Financing (Best100Fi-1) dan Pembiayaan Pembayar Yang Baik atau Good Paymaster Financing (GPMFi-1)”, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.
Menurut Wan Junaidi lagi, produk yang diperkenalkan bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara pada 24 Julai yang lepas adalah mengikut sasaran koperasi yang berbeza selain membantu koperasi dalam membiayai projek-projek berdaya maju daripada kluster mikro sehinggalah kluster besar.
Beliau menambah kementeriannya sentiasa prihatin dalam memastikan ekosistem sektor koperasi negara sentiasa konsisten dan dalam masa yang sama membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas.
Berikut Adalah Jenis Pembiayaan Di Bawah TMPSKM :
- Pembiayaan Koperasi Mikro atau Micro Coop Financing (MicCoopFi-1) menyediakan kemudahan pembiayaan mudah kepada koperasi bagi kluster Mikro (perolehan tahunan kurang dari RM200,000) untuk menjalankan aktiviti baharu atau modal pusingan bagi aktiviti sedia ada.
- Pembiayaan Lestari atau Lestari Financing (LesFi-1) menyediakan kemudahan pembiayaan dalam bentuk modal pusingan bagi koperasi yang telah terpilih di bawah Program Desa Lestari di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
- Pembiayaan Permulaan atau Startup Financing (SuFi-1) menyediakan kemudahan pembiayaan kepada koperasi baru bagi membiayai projek yang berpotensi atau berdaya maju;
- Pembiayaan 100 Koperasi Terbaik atau Best 100 Financing (Best100Fi-1) menyediakan kemudahan atau insentif pembiayaan kepada 100 Koperasi Terbaik Tahun 2020; dan
- Pembiayaan Pembayar Yang Baik atau Good Paymaster Financing (GPMFi-1) bertujuan menyediakan insentif pembiayaan kepada koperasi yang mempunyai rekod pembiayaan yang baik dengan pihak SKM.
Bagi koperasi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan TMPSKM atau ingin mendapatkan kemudahan khidmat nasihat dan bantuan perundingan secara berterusan kepada koperasi- koperasi menerusi talian/e-mel seperti berikut:
- MEDAC (Pusat Sehenti Keusahawanan)
: Hotline 1-300-88-1020 / korporat@medac.gov.my
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
: Hotline 011 14736471
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment