25 JULAI 2021 – Sehingga hari ini, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 14,516 kes.
Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 6,508 dikuti Kuala Lumpur (1,425), Kelantan (346), Sarawak (356), Negeri Sembilan (452) dan Johor (1,449).
Selain itu, Kedah merekodkan 1,160 kes, Pulau Pinang (402), Pahang (386), Terengganu (245), Perak (590), Melaka (373), Sabah (720), Labuan (8) dan Putrajaya (94). Sementara itu Perlis mencatat dua kes baharu.
Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 1,027,954 kes.
Leave a comment