Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MCMC Terbit Laporan FNP, Tubuh Kumpulan Kerja Industri

75
Abstract colorful circular lines on dark blue background, copy negative space, radial moving flow glow, optical art, 3d illustration

CYBERJAYA, 21 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerbitkan Laporan Rundingan Awam berhubung pelaksanaan Kemudahalihan Nombor Talian Tetap (FNP) di Malaysia.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan FNP ini akan mewujudkan pasaran perkhidmatan talian tetap yang lebih berdaya saing bagi penyedia perkhidmatan untuk melabur meluaskan rangkaian perkhidmatan tetap dan memberi perkhidmatan yang lebih baik.

“FNP merujuk kepada keupayaan para pelanggan perkhidmatan talian tetap untuk mengekalkan nombor sedia ada sama ada beralih lokasi atau penyedia perkhidmatan yang lain”.

Tambah MCMC, Laporan Rundingan Awam yang diterbitkan ini merumuskan hasil rundingan dan keputusan MCMC berdasarkan maklum balas yang diterima seperti penanda aras antarabangsa, aspek teknikal, kos pelaksanaan, aspek prosedur dan langkah seterusnya.

“Bagi merealisasikan pelaksanaan FNP, Kumpulan Kerja Industri (IWG) akan ditubuhkan untuk memuktamadkan butiran lanjut pelaksanaannya”.

“MCMC melihat keperluan untuk membenarkan IWG untuk menetapkan garis masa pelaksanaan FNP yang bersesuaian bagi membolehkan para pengguna dapat menikmati FNP dengan secepat mungkin” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan laporan penuh berhubung Laporan Rundingan Awam mengenai pelaksanaan Kemudahalihan Nombor Talian Tetap (FNP), sila layari pautan https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public- Consultation-Report-Implementation-of-FNP-in-Malaysia.PDF.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member