19 JULAI 2021 – Masyarakat diingatkan untuk tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan ini.
Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis akan meningkatkan jumlah pemeriksaan serta menggerakkan pasukan pemantau pematuhan SOP dengan memberi fokus kepada kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.
“PDRM komited dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan segala SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP akan diambil tindakan tanpa kompromi”, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.
Beliau turut menasihatkan masyarakat agar mematuhi SOP Sektor Sosial (Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2021) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang merupakan kunci kepada usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment