Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MCMC Kaji Semula Standard EMF, Jalankan Siasatan Awam

171

CYBERJAYA 19 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan satu Siasatan Awam di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 untuk mengkaji semula Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio – Penentuan No. 1 tahun 2010 (MS untuk EMF) bermula dari 19 Julai ini sehingga 17 September depan.

Menurut MCMC, kajian semula ke atas Standard Mandatori untuk EMF ini adalah penting sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti 5G selain memberi jaminan kepada orang awam bahawa pancaran frekuensi radio EMF dari infrastruktur komunikasi radio di dalam negara adalah selamat serta dikawal selia secara berkesan dan efisien.

“Semakan semula ini antara lain akan meliputi proses kemas kini mengenai had pendedahan EMF berpandukan kepada International Commission on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP) Guidelines terkini yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Sehubungan itu, MCMC ingin menjemput orang awam untuk terlibat sama dalam Siasatan Awam ini dengan melakukan penyerahan secara bertulis”.

Tambah MCMC, semua penyerahan bertulis yang dihantar dalam tempoh siasatan awam akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh dan laporan berkenaan harus diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas berakhirnya siasatan berkenaan.

“Penyerahan secara bertulis, dalam salinan hardcopy dan elektronik perlulah diserahkan kepada pihak Suruhanjaya selewat- lewatnya menjelang pukul 12.00 tengah hari, 17 September 2021”.

“Ia boleh dialamatkan kepada Malaysian Communications and Multimedia Commission MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atas perhatian Jabatan Pembangunan Teknologi atau emel tdd@mcmc.gov.my dan faks 03-8688 1000”.

“Dokumen Siasatan Awam tersebut boleh dilayari di pautan:
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PI_Manda tory_Standards_EMF-2021.pdf” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *