PUTRAJAYA, 19 Julai 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini memaklumkan bahawa inisiatif walk-in adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu.
Dalam satu kenyataan media, CITF menjelaskan bahawa inisiatif walk-in tidak terpakai kepada orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.
“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar” katanya.
Tambah CITF, individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin.
CITF turut memaklumkan bahawa pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak kerana PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in berkenaan.
Dalam kenyataan yang sama, CITF turut menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.
“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment