18 JULAI 2021 – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan akan diadakan pada 7 Ogos ini di Terengganu.
Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, lokasi kempen tersebut juga akan diteliti sama ada dilaksanakan di Terengganu atau di Putrajaya.
“Sekiranya program dilaksanakan di Terengganu, kerajaan akan melihat semula keperluan tersebut kerana akan melibatkan pergerakkan yang ramai termasuk pegawai kerajaan serta mereka yang terlibat”, ujar beliau di sidang media secara dalam talian di Pejabat Parlimen Indera Mahkota hari ini.
Beliau menambah bagi Sambutan Hari Kemerdekaan pula akan dilaksanakan di kawasan luar Dataran Pahlawan Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan menjangkakan imuniti kelompok di wilayah tersebut sudah dicapai pada tarikh tersebut.
Mengenai Sambutan Hari Malaysia pula, Saifuddin memberitahu Sabah akan menjadi tuan rumah pada tahun ini dan akan dilaksanakan di Sabah International Convention Centre (SICC) serta kapasiti yang dibenarkan adalah seramai 500 orang berdasarkan keadaan semasa ketika itu.
Pada masa kini, KKMM merupakan kementerian peneraju bagi kempen-kempen patriotik terutama sambutan bulan kemerdekaan untuk negara yang dilaksanakan setiap tahun.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment