AM

Vaksin Sektor Industri Ditingkatkan, Libatkan Kerjasama MITI dan Selangor – Ong Kian Ming

65

17 JULAI 2021 – Kerajaan akan meningkatkan pemberian vaksin kepada 272,000 dos terutama di Selangor bermula 26 Julai ini selaras dengan Operasi Lonjakan Kapasiti Lembah Klang.

Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming berkata, bagi tujuan tersebut koordinasi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan diselaraskan terutama melibatkan pemberian vaksin kepada sektor perindustrian.

Ong telah dilantik sebagai penyelaras bagi program khas peningkatan vaksinasi Covid-19 Selangor terutama dalam sektor industri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerusi pengumuman dalam sidang media semalam. 

Menurut Ong lagi, operasi khas tersebut akan memastikan setiap orang dewasa di Lembah Klang akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos ini berikutan lonjakan kes Covid-19 yang serius terutama di kedua-dua negeri ini.

Selain itu, menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indistri (MITI) dan SELCARE (yang menjalankan program Industri SELVAX), koordinasi akan ditingkatkan bagi meminimumkan pertindihan antara antara syarikat yang ingin memvaksinkan pekerja.

Bagi tujuan tersebut, Ong berkata syarikat yang bersedia dan mampu untuk membayar bagi program SelVAX Industri perlu komited untuk meneruskan program tersebut manakala bagi syarikat yang tidak mampu boleh memohon menyertai PIKAS di bawah MITI.

Untuk menampung peningkatan permohonan tersebut, Ong merancang membuka lebih banyak laman web khas bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, sebanyak 1.3 juta dos vaksin akan diberikan bermula 26 Julai ini sehingga 1 Ogos dan daripada jumlah tersebut 500,000 dos vaksin akan diperuntukkan untuk pekerja industri.

“SELCARE juga akan dikoordinasikan bersama MySejahtera memastikan penerima vaksin di bawah program Selcare tidak lagi menerima janji temu dalam MySejahtera. Selain itu, SELVAX juga akan mengemaskini penggalan data untuk persediaan bagi pelaksanaan operasi khas tersebut bagi memastikan objektif dalam mencapai vaksinasi sepenuhnya di Lembah Klang dapat dicapai menjelang 1 Ogos ini”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.   .

Ong juga turut mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di atas kepercayaan kepada beliau dalam melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyelarasan program imunisasi Covid-19 terutama di Selangor.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...