Ekonomi @ My LNA

Penambahbaikan pengurusan dan operasi LTH secara menyeluruh – MOF

53

PUTRAJAYA 15 JULAI 2021 – Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 telah bersetuju untuk menambahbaik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) secara menyeluruh. Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, ia melibatkan antara lainnya cadangan dasar model baharu operasi LTH dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.

“Cadangan model baharu operasi LTH tersebut akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) dan LTH.

Di samping itu, Jemaah Menteri juga bersetuju dengan penyenaraian LTH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan (prescribed Islamic financial institution) di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh BNM.” kata MOF.

Tambah MOF, Kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding-perunding untuk tempoh 2014 hingga 2018, serta langkah-langkah pemulihan yang telah dilaksanakan oleh LTH berdasarkan dapatan perunding-perunding tersebut sehingga tahun 2020.

“Walau bagaimanapun, sepertimana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021, skop suruhanjaya ini tidak akan merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus LTH.

Aspek governans, integriti dan reputasi LTH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan agar kedudukan kewangan LTH lebih kukuh dan stabil, untuk menjamin dan memelihara kepentingan para pendeposit dan jemaah haji Malaysia. Sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin oleh Kerajaan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...