15 JULAI 2021 – New Zealand akan menjadi tuan rumah pertemuan tergempar pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dijadualkan bermula pada 16 Julai ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan media memaklumkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengetuai delegasi Malaysia pada persidangan tergempar yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden.
Pertemuan tergempar ini akan membolehkan 21 pemimpin negara mengambil bahagian dalam membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan semula ekonomi serta mewujudkan peluang kolaborasi strategik dan menangani cabaran semasa dalam menuju masa depan yang lebih baik.
Muhyiddin pula dijangka akan mengetengahkan pandangan Malaysia khususnya dalam memperkukuhkan kolaborasi global dalam memastikan akses kepada vaksin Covid-19 dan pergerakan produk penting yang adil, berpatutan serta mudah diakses untuk semua negara.
Selain itu, beliau akan turut menekankan kerjsama strategik antara negara-negara APEC dalam memulihkan perjalanan rentas sempadan di Asia-Pasifik.
Pertemuan tergempar ini merupakan pertemuan luar biasa yang diatur sejak APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dan kebiasaanya pemimpin negara yang terlibat akan bertemu pada bulan November bagi membincangkan pelbagai isu khususnya melibatkan ekonomi negara-negara anggota APEC.
- OPPO Release 2022 Sustainability Report on World Environment Day
- Bybit Joins DMCC as Ecosystem Partner to Accelerate Development and Mass Adoption of Crypto and Web3
- PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH
- PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH
- UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS
Leave a comment