AM

SOLIDARITI KUMPULAN PENIAGA KECIL INDIA HULUR SUMBANGAN MAKANAN SEKITAR LEMBAH KELANG

184

13 JULAI 2021 – Umum mengetahui, Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada hampir keseluruhan majoriti masyarakat di Malaysia dari pelbagai peringkat. Pelbagai masalah timbul ekoran penyebaran wabak tersebut serta masyarakat terpaksa melalui pelbagai peringkat fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak hampir setahun yang lalu demi untuk menyekat penyebarannya.

Hampir kesemua masyarakat yang berada dalam kategori B40 kini telah kehilangan mata pencarian mereka disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, dan juga kehabisan simpanan masing-masing. Ramai yang kini sedang berada di ambang kemiskinan, sudah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa bersusah payah untuk mencari alas perut seterusnya setiap hari.

Melihat kepada situasi yang bagaikan tiada berpenghujung itu, sekumpulan peniaga tempatan bersolidariti untuk turut sama membantu mengurangkan penderitaan yang dilalui.

Mengambil inisiatif tersendiri, Ketua Pegawai Eksekutif PLT Group of Companies, Dato Sri Dr Nageswaran Ravi dan Pengarah Urusan Rishen Jewellers, Dato ‘Sri Dr Thanabalan Balagopalan, bersama rakan perjuangan mereka, Barnikumar Harry (Ketua Pegawai Eksekutif Harry International Talents) & Dr Gunaseelan Suppiah ( Pertubuhan Born To Serve), memutuskan untuk memulakan gerakan yang dikenali sebagai “B40 Food Bank (Groceries) & Humanity Drive” yang bertujuan untuk membantu meringankan beban sebanyak 300 buah keluarga terjejas di Lembah Klang dengan menyediakan sekurang-kurangnya 150 pek makan sehari, untuk jangka masa selama 10 hari.

“Ini adalah satu bentuk tanggungjawab bersama untuk kami gerakkan. Kami akan melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk membantu sesama kita yang terjejas,” jelas kumpulan itu dengan ikhlas.

Bersama dengan beberapa rakan perniagaan mereka, kumpulan itu berusaha untuk mengedarkan bungkusan makanan di pelbagai lokasi di Subang Jaya, Desa Mentari, Puchong, Sentul, Bandar Tun Razak, Klang, Sungai Way, Sepang, Ampang dan Jalan Ipoh, mulai 21hb. hingga 30hb Jun 2021 lalu.

Mereka juga turut mengunjungi beberapa rumah amal dalam tempoh masa tersebut, termasuk Rumah Anak Yatim Sai Pandian di Setia Alam, Pusat Sri Samartha Sadhguru Sridi Sai di Puchong Utama dan Pertubuhan Kanak Kanak Selangor, untuk mengagihkan bekalan bahan makanan untuk sebulan, kepada penghuni rumah-rumah amal ini.

Mereka juga telah mengaturkan sesi ujian saringan COVID-19 untuk 42 orang kanak-kanak dibawah Pertubuhan Kanak Kanak Selangor, serta menjalankan proses sanitasi dan pembersihan ke atas rumah tersebut dengan mengikuti semua prosedur dan SOP yang digariskan. Kumpulan ini turut menyumbang 3 buah kerusi roda untuk mereka yang kurang upaya.

Sebagai usaha kolektif, projek ini turut disokong oleh beberapa individu lain termasuk Dr Rajeswaran Krishnan (Persatuan Blues Brothers), N. Shanmugam (Malaysia India Today), Karunity Saravanam Ilaya Thalamurai (Penasihat Pertubuhan Ilaya Thalai Murai), Datuk Ganesh Kumar (Majlis Belia Sepang), Barthiban Kanmani (Kuil Sri Pathra Kaliamman), Nalini Rajaindran (Ampang) dan portal media MKU Kalai Ulagam.

Menurut Dr Nageswaran dan Dr Thanabalan, walaupun ianya hanya usaha awal yang sederhana, masih banyak yang sedang direncanakan.

“Kami akan mendorong lebih banyak peniaga untuk mendukung usaha kerajaan, demi membantu semua orang yang terjejas dan memerlukan. Kami juga ingin menyarankan agar kerajaan memberikan pengecualian atau keringanan cukai untuk program-program amal yang bermakna seperti ini, ”kata kedua-dua ahli peniaga itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...