Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

SKMM Buka Rundingan Awam Baru Untuk Kerangka Perlesenan Perkhidmatan Kurier Baru

130

CYBERJAYA 13 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia hari ini memaklumkan telah membuka rundingan awam untuk kerangka perlesenan perkhidmatan kurier baru di bawah Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ).

PAKEJ yang merupakan inisiatif Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) bagi menyokong pertumbuhan industri e-dagang daripada 14 bungkusan per kapit kepada 30 bungkusan perkapita menjelang 2025.

Sesi rundingan awam telah diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 5 Julai 2021 lalu bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas pihak-pihak berminat dan berkepentingan terhadap kerangka pelesenan perkhidmatan kurier baharu yang dicadangkan.

Menurut SKMM lagi, Dokumen Rundingan Awam yang mengandungi 13 soalan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas responden berkaitan dengan perkara- perkara yang berikut:

  1. Prinsip panduan untuk kerangka pelesenan kurier baharu;
  2. Cadangan struktur pelesenan baharu;
  3. Cadangan syarat-syarat pelesenan standard;
  4. Cadangan syarat-syarat pelesenan khas;
  5. Cadangan model fi pelesenan baharu; dan
  6. Cadangan proses migrasi dan pemetaan.

Dokumen Rundingan Awam tersebut boleh diperolehi melalui pautan di: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC_Li censing_Framework_PublicConsultationQuestionaire.pdf.

“Tarikh akhir penghantaran maklum balas untuk Rundingan Awam tersebut ialah pada pukul 12:00 tengah hari, Jumaat, 30 Julai 2021” ujar suruhanjaya tersebut dalam kenyataan media hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member