AM

Malaysia Dan Australia Jalin Kerjasama Dalam Penerbitan Filem – Saifuddin

126

PUTRAJAYA 9 JULAI 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem (Co-Production) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia telah berkuatkuasa bermula bulan Julai 2021.

Menterinya, Dato Saifuddin Abdullah berkata perjanjian usaha sama ini merupakan inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Perjanjian ini merupakan antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan negara Australia” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Melalui perjanjian ini, produksi daripada Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara- negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom”.

Tambah Saifuddin, perjanjian ini dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri-industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Jalinan usaha sama antara kedua-dua negara ini diharap akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia” ujar beliau.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama ini boleh diperolehi di laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di info@finas.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...