Orang ramai mula menunggu di hadapan pintu Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pukul 11 pagi lagi sebelum dibenarkan pada pukul 12.30 tengahari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.














Seramai 50 jemaah dibenarkan untuk hadir bagi menunaikan solat Jumaat mengikut panduan SOP yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau. – LIFE NEWS AGENCY/ Hafis Idzla Bin Mohd Hafidzan
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB