Kenyataan Media

Bekas pesakit COVID-19 tidak perlu tunggu 3 bulan untuk divaksinasi

67

9 JULAI 2021 – Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19 tidak perlu menunggu selama tiga (3) bulan untuk menerima suntikan vaksin. Justeru, bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan bebas daripada virus COVID-19 kini dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan.

Menurut JKJAV di dalam satu siaran akhbar yang diedarkan hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan di persidangan hari ini yang menyatakan walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan bagi pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini.

“Namun begitu, bagi pesakit COVID-19 yang mendapat antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 (anti-SARS-CoV-2 monoclonal antibodies) atau convalescent plasma sebagai sebahagian daripada rawatan COVID-19 hanya dibenarkan mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih dari jangkitan virus tersebut.

Ini adalah langkah berjaga-jaga yang diambil kini, sehingga terdapat maklumat tambahan, untuk mengelakkan kemungkinan gangguan terapi antibodi dengan tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksin.” kata JKJAV.

Orang ramai yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19 turut digesa untuk tidak hadir ke PPV walaupun telah mempunyai janji temu atau sebagai pengiring.

“Mereka yang terpaksa membatalkan janji temu ini akan diberikan satu tarikh baharu secara automatik kelak.” kata JKJAV.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...