PUTRAJAYA 1 JULAI 2021 –Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bahawa bagi tempoh 8 – 14 Julai 2021 harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 1 sen manakala harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah.
“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 8 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.69 seliter kepada RM2.70 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.” kata MOF di dalam satu siaran media semalam.
Tambah MOF, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment