Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MCMC Selesaikan Isu Capaian Internet di Sabah

53

7 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan dalam menyelesaikan aduan perkhidmatan internet susulan beberapa aduan yang diterima sebelum ini.

Dalam kenyataan media hari ini, MCMC memaklumkan beberapa lokasi yang terjejas adalah Sekolah Kebangsaan Desa Permai, Tongod di Kinabatangan, Pulau Sebatik di Tawau, Kampung Sungai Darat, Kota Marudu, dan Kampung Ulu Entabuan, Tenom.

SKMM juga telah menyelesaikan aduan yang ditimbulkan dengan kerjasama beberapa penyedia rangkaian perkhidmatan terutama di sekolah tersebut bagi menyelesaikan masalah PDPR susulan aduan yang dibuat oleh Cikgu Nasir Mohd Jamal.

Menerusi JENDELA Fasa 1, beberapa perancangan jangka panjang termasuk pembinaan menara dan pelaksanaan naik taraf rangkaian perkhidmatan 4G dijangka akan siap pada beberapa bulan yang akan datang.

“Kampung Sungoi Darat telah disenaraikan untuk disediakan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT). Pelaksanaan inisiatif MOSTI Sabah dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Julai-September 2021” ujar MCMC.

“Bagi Pulau Sebatik pula, sebuah menara komunikasi telah dibina di Kampung Tamang dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal bulan ini sebagai penyelesaian jangka panjang manakala kerja-kerja menaik taraf liputan 4G menara komunikasi di Skim Penempatan Getah Lagud Seberang dijangka menyelesaikan masalah di Kampung Ulu Entabuan, Tenom”, ujar MCMC lagi.

“MCMC akan terus menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan untuk menangani masalah capaian Internet di seluruh negara”, ujar suruhanjaya tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member