AM

Malaysia – Qatar Setuju Rancakkan Ekonomi Pasca Covid-19

54

5 JULAI 2021 – Malaysia dan Qatar akan terus mengorak kerjasama dan memperkukuhkan hubungan ekonomi menerusi pelbagai medium dan platform sedia ada antara kedua-dua negara.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, misi perdagangan dan pelaburan selama 3 hari ke Qatar bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan selain meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi 2 hala yang terjalin sebelum ini.

Beliau berkata, perbincangan pada hari pertama bersama rakan sejawatnya, Tuan Yang Terutama Ali Ahmed Al Kuwari, Menteri Perdagangan dan Industri dan Pemangku Menteri Kewangan lebih bertumpu kepada keadaan semasa wabak Covid-19 serta kaedah dalam melaksanakan pemulihan ekonomi secara komprehensif dan berterusan.

Selain itu, antara yang turut disentuh oleh kedua-dua pemimpin adalah situasi semasa pandemik di kedua-dua negara serta program imunisasi yang sedang berjalan.

“Malaysia turut menyemak semula unjuran KDNK Malaysia kepada 4.5% selain rekod dan prestasi perdagangan yang dicatat melebihi RM 100 bilion serta strategi keluar daripada masalah pandemik menerusi Pelan Pemulihan Negara”, ujar Azmin dalam kenyataan media hari ini.  

Pemimpin kedua-dua negara juga komited untuk melaksanakan Jawatankuasa Bersama Malaysia – Qatar yang akan melibatkan penyertaan swasta selain inisiatif Perjanjian Jaminan Pelaburan bagi mendorong lebih banyak aliran pelaburan kedua-dua negara.

“Qatar juga boleh bekerjasama dengan Malaysia menerusi kewujudan pusat perdagangannya untuk rantau ASEAN”, ujar Azmin lagi,

Azmin memberi jaminan akan menyokong pelaburan Qatar di negara ini menerusi MOU yang ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Promosi Pelaburan Qatar (IPAQ).

Beliau juga dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Qatar, Tuan Yang Terutama Sheikh Khalid Bin Khalifa Bin Abdulaziz Al Thani serta mengadakan perbincangan berkaitan Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia (NIA).

Mesyuarat antara kedua-dua pemimpin akan turut disertai oleh delegasi perdagangan kedua-dua negara dalam mengembangkan potensi perdagangan kedua-dua negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...