AM

MAFI serah bantuan “MAFI Prihatin” kepada kepada 300 frontliners di PPV MITEC

63

KUALA LUMPUR 5 JULAI 2021 -Seramai 300 barisan petugas hadapan (frontliners) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) menerima bantuan MAFI Prihatin dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini.

Menurut MAFI dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut merupakan kesinambungan program MAFI Prihatin yang bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19. Sebelum ini, sebanyak 1,400 sumbangan MAFI Prihatin turut diserahkan di Hospital Sungai Buloh kepada frontliners.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah berkata sejak pelaksanaan MAFI Prihatin pada 27 Mei lalu sehingga 3 Julai 2021, seramai 19,572 orang telah menerima manfaat yang terdiri daripada frontliners, badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di 78 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 37 metrik tan makanan telah disalurkan.

“Selain daripada pelaksanaan program MAFI Prihatin, bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan rantaian bekalan serta pemasaran makanan, MAFI melalui FAMA juga telah mewujudkan 45 buah Pasar Segar Terkawal (PST) yang melibatkan seramai 2,154 usahawan tani di seluruh negara. Bagi tempoh 1 Jun – 3 Julai 2021, PST telah berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM42.25 juta.” kata Ahmad.

FAMA melalui MAFI Prihatin juga telah membantu 419 usahawan tani dalam memasarkan 38 jenis hasilan pertanian dan produk mereka yang mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti pemasaran semasa tempoh pelaksanaan PKP ‘Total Lockdown’. FAMA bertindak memberikan khidmat nasihat kepada petani untuk menyertai program Ladang Kontrak 2.0 MAFI atau menghubungi FAMA sekiranya masalah sama berulang dan pengaturan pasaran di outlet pemasaran FAMA.

Apabila berlakunya lebihan bekalan hasil pertanian usahawan tani akan disalurkan kepada yang memerlukan melalui khidmat dan pengaturan pasaran yang dilaksanakan oleh FAMA.

Penyerahan bantuan MAFI Prihatin semalam disampaikan oleh Ahmad kepada Puan Mala Dorasamy, Ketua Pegawai Eksekutif MITEC. Turut hadir, Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA, Dr. Nurul Ashikin Binti Shokri, Pengurus PPV MITEC dan En. Mohd Zaki Bin Mat Noor, Ketua Penyelaras PPV MITEC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...