Home AM Hanya Syarikat Sektor Perkhidmatan Perlu Dibenar Beroperasi Di Kawasan PKPD – MITI
AMz10

Hanya Syarikat Sektor Perkhidmatan Perlu Dibenar Beroperasi Di Kawasan PKPD – MITI

6 JULAI 2021 – Hanya syarikat-syarikat disenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi lokasi Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh beroperasi menggunakan surat baharu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan syarikat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu di dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

“Sebagaimana pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai 2021, pergerakan syarikat dalam sektor perkhidmatan perlu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menggunakan surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR)” katanya.

Tegas MITI, semua surat kelulusan CIMS 3.0 perlu dibaca bersama-sama SOP PKPD semasa yang berkuat kuasa.

Dalam kenyataan yang sama, MITI mengingatkan pihak industri agar bertanggungjawab dalam pemberdayaan kendiri dan mematuhi SOP ini. Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan undang-undang menikut Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan oleh Pasukan Petugas Khas COVID- 19.

“Platform CIMS 3.0 turut dikongsi dengan 17 Kementerian dan 3 Agensi dan setiap permohonan akan diproses dan diluluskan setiap Kementerian dan Agensi mengikut portfolio masing-masing”.

“Untuk maklumat lanjut tentang status permohonan, syarikat boleh merujuk terus kepada kementerian atau agensi yang memproses permohonan mereka mengikut maklumat di dalam direktori di laman web www.miti.gov.my” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...