PUTRAJAYA 5 JULAI 2021 – Malaysia akan menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasis COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Jumlah tersebut juga adalah termasuk 500,000 dos vaksin Sinovac yang akan disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan ini.
“Bagi bekalan vaksin Pfizer yang akan diterima pada bulan ini melalui perolehan terus oleh Kerajaan Malaysia adalah sebanyak 5,428,800” katanya dalam sidang akhbar mingguan bagi perkembangan PICK di Putrajaya hari ini.
Tambah Khairy, sumbangan vaksin Pfizer oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang telah tiba pada pagi ini sebanyak 1,000,350 telah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,429,150.
“Bagi vaksin jenis Sinovac, kita akan menerima keseluruhan lebihan bekalan pada bulan ini sekali gus melengkapkan jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos”
“Manakala vaksin jenis AstraZeneca, Kerajaan Malaysia telah menerima sebanyak 586,700 dos daripada 1 juta dos sumbangan” katanya.
Dalam sidang media yang sama, Khairy menyatakan vaksin yang akan digunakan dalam PICK pada bulan Ogos dan seterusnya ialah Pfizer dan AstraZeneca.
“Ia tidak termasuk vaksin jenis CanSino yang tarikh penghantaran penghantarannya masih belum diketahui” katanya.
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB