AM

Dato’ Jamil Rakom TKSUK JPM Baharu

131

5 JULAI 2021 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pelantikan Dato’ Jamil bin Rakon sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menurut JPM menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Dato’ Jamil Rakon, 59 tahun sebelum ini bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berpengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.

“Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.” kata JPM.

JPM turut berharap beliau dapat meningkatkan lagi kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...