4 JULAI 2021 – Susulan ‘posting’ di Twitter oleh pemegang akaun twitter @apanakdikato, Pegawai Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya telah segera turun padang untuk menyiasat lanjut dakwaan yang berkaitan.
Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya Dato’ Sri Fadillah Yusof menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, hasil siasatan mendapati 15 keluarga tinggal secara haram di bangunan kedai dua tingkat di Batu 9, Jalan Matang.
“Kesemua penghuni berkenaan juga disahkan sebagai orang luar, bukannya penduduk asal Parlimen P.194 Petra Jaya seperti didakwa. Malah salah seorang daripadanya berasal dari Sabah dengan isterinya warga Indonesia, dikenalpasti sebagai pendatang tanpa izin.Individu dari Sabah berusia 33 tahun itu bekerja sebagai buruh kasar, manakala isterinya berasal dari Bandung, Indonesia.
Seramai 14 lagi keluarga yang tinggal di situ, lima berasal dari Lubok Antu; tiga dari Lundu; tiga dari Sri Aman; masing-masing seorang dari Kapit, Betong dan Bintawa Ulu.Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar, selain ada yang bekerja di kedai makan, kedai kopi, wireman dan juga ada yang menganggur.” jelas Fadillah.
Tambah Fadillah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya juga sudah beberapa kali menghantar bantuan makanan asas termasuk beras, gula, mi segera, bihun, telur, cordial dan tepung untuk kesemua penghuni yang tinggal di bangunan terbiar itu, atas dasar perikemanusiaan.
“Justeru untuk mana-mana pihak membuat tuduhan palsu dengan mendakwa penghuni terbabit adalah penduduk asal Petra Jaya yang dibiarkan tanpa dibantu, adalah amat keterlaluan, fitnah dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ahli Parlimen kawasan Petra Jaya, ada tiga rakan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang sentiasa berusaha sehabis baik untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk.
Biarpun ramai juga penduduk di Petra Jaya bukan warga asal Petra Jaya serta bukan pengundi, namun saya tidak melihat perkara itu sebagai alasan untuk kita tidak membantu mereka yang memerlukan bantuan.Jika ada pun perkara yang mungkin kami terlepas pandang, namun setelah mendapat tahu mengenainya, kami sedaya upaya cuba menanganinya sebaik mungkin.” katanya.
Fadillah turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyalurkan maklumat termasuk dari pihak pembangkang. Beliau mengajak semua pihak bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan dan tidak menjadikan sesuatu isu itu sebagai senjata politik untuk kepentingan diri.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment