AM

Urusan Perpindahan Di Hartanah Strata dan Landed Dibenarkan Sepanjang PKP Fasa 1 – KPKT

63

PUTRAJAYA 1 JULAI 2021 – Urusan perpindahan di hartanah Strata dan Landed dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 adalah dibenarkan berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan media daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam, pemilik hartanah terbabit perlu mendapatkan kebenaran polis bagi diri mereka dan pengendali perpindahan.

“Bagi Hartanah Strata pemohon perlulah memaklumkan tarikh dan masa perpindahan serta maklumat pengendali perpindahan kepada pihak pengurusan strata” katanya.

Prosedur Standard Operasi (SOP) Pengurusan Strata yang telah dikemaskini boleh dimuat naik di laman web KPKT di www.kpkt.gov.my. Kerja-kerja pemasangan keperluan asas seperti jeriji besi dan perkakasan elektrik bagi membolehkan sesuatu hartanah selamat didiami adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya dan di www.cidb.gov.my.

Kenyataan yang sama turut memaklumkan urusan pemasangan baru perkhidmatan internet dan komunikasi di bawah Sektor Penyenggaraan Bangunan dan Fasiliti dan Sektor Pengurusan Strata turut dibenarkan susulan pindaan kepada SOP sedia ada. Walau bagaimanapun perpindahan dan pemasangan baharu perkhidmatan internet dan komunikasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.

“KPKT memohon kerjasama pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memaklumkan perkembangan terkini ini kepada Badan Pengurusan Joint Management Body (JMB)/Management Corporation (MC) di kawasan masing- masing, di samping memantau pematuhan SOP Sektor Pengurusan Strata di sepanjang tempoh PKP ini”.

“Kebenaran ini tertakluk kepada SOP semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak COVID-19” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran (Sektor Pengurusan Strata), KPKT di talian 03- 8891 4330/ 4347.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...