AM

Pelan Tindakan 10 Tahun Digubal – Selamatkan Harimau Malaya

272

PUTRAJAYA 1 JULAI 2021 – Kepupusan Harimau Malaya di Malaysia dilihat membimbangkan seterusnya bakal menjejaskan  menjejaskan rantaian ekosistem dan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada manusia dan hidupan liar lain.

Berdasarkan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (First National Tiger Survey – NTS1) yang dilaksanakan pada tahun 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan Central Forest Spine (CFS) Semenanjung Malaysia, populasi Harimau Malaya di habitat asal berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata kementeriannya perlu menerajui tindakan-tindakan luar biasa (extraordinary actions) bagi memastikan negara tidak akan kehilangan spesies ikonik Malaysia yang menjadi symbol Jata Negara buat selama-lamanya.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 telah bersetuju dengan tindakan-tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya untuk tempoh pelaksanaan 10 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030”, ujar beliau.

Harimau Malaya memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai spesies pemangsa apeks (apex predator) dan mendominasi rantaian makanan yang mengawal populasi spesies mangsa dan menjaga keseimbangan ekosistem.

Pelaksanaan akan dilaksanakan oleh satu kumpulan pakar telah ditubuhkan oleh Kementerian ini yang terdiri daripada pakar-pakar konservasi Harimau Malaya termasuk pengurusan Taman Negeri dan Badan-badan Bukan Kerajaan untuk memberikan input berkaitan tindakan-tindakan strategik bagi menangani krisis Harimau Malaya.

“Tindakan strategik telah dikenalpasti untuk mengukuhkan inisiatif sedia ada terutamanya dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya serta aktiviti penguatkuasaan. Di samping itu, inisiatif baharu yang lebih berimpak tinggi akan dilaksanakan termasuk rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) dalam kawasan habitat Harimau Malaya bagi membanteras penceroboh dan pemburu haram”, ujar beliau.

Berdasarkan rekod sepanjang tempoh 2011 hingga 2020 menunjukkan sebanyak 5,287 bahagian anggota badan Harimau Malaya yang diseludup telah dirampas.

Kementerian juga ujar beliau sedang melaksanakan proses pindaan ke atas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] supaya kadar hukuman dan penalti yang lebih berat dikenakan bagi kesalahan memburu spesies-spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk Harimau Malaya.

“Pindaan ke atas Akta 716 ini akan dibentangkan di sidang Parlimen yang akan datang. Di samping itu, enakmen berkaitan kawasan perlindungan akan diperkukuhkan khususnya dalam aspek meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar sebagai salah satu pendekatan pencegahan (deterrent)” ujar Shamsul. Sementara itu, di peringkat serantau, aspek penguatkuasaan diperkasakan melalui platform ASEAN Working Group on CITES and Wildlife Enforcement (AWG-CITES & WE) di mana Kementerian ini adalah national focal point bagi kumpulan kerja ini. Malaysia juga menjalinkan kerjasama erat dalam aktiviti penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dengan INTERPOL sejak tahun 2016.

“Pemuliharaan habitat juga dapat menangani isu konflik manusia dan hidupan liar termasuk insiden hidupan liar yang mati langgar di jalan-jalan raya (roadkill) di negara ini yang menunjukkan trend yang semakin meningkat. Kejadian Harimau Malaya yang kehilangan habitat, diburu dengan kejam dan terseksa sehingga tidak bermaya akibat terkena jerat amat menyedihkan dan insiden sebegini tidak seharusnya terjadi”, ujar beliau.

“Selain memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya di habitat semula jadi (insitu), usaha konservasi ex-situ adalah kritikal kerana populasi Harimau Malaya di habitat semula jadi adalah sangat rendah. Oleh yang demikian, Kementerian ini akan memperkasakan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bagi memperhebatkan pengawasan penyakit zoonotik dan memperkasa konservasi ex-situ termasuk program bio-banking atau sejukbeku (cryopreservation) semen dan oosit Harimau Malaya sebagai safety net serta meningkatkan kapasiti kepakaran tempatan” ujar beliau lagi.

Selaras dengan usaha tersebut, Kementerian ini akan meningkatkan kerjasama strategik dalam konservasi ex-situ dengan universiti, institusi penyelidikan tempatan, zoo dan badan bukan Kerajaan. Tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya juga akan diperkukuhkan melalui penubuhan National Tiger Conservation Task Force (NTCTF). NTCTF akan mengadakan mesyuarat pertamanya bersama Kementeriankementerian dan Kerajaan-kerajaan Negeri berkaitan.

Penganjuran mesyuarat ini menunjukkan komitmen yang tinggi dan kesepakatan Kerajaan dalam menangani krisis Harimau Malaya. Selain itu, cadangan penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN dan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia akan diperhalusi melalui perbincangan lanjut bersama agensi-agensi yang berkaitan.

Kementerian juga akan meneroka instrumen kewangan inovatif bagi melindungi dan memulihara habitat utama Harimau Malaya melalui Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) dan mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD Plus).

Selain itu, pengurusan habitat Harimau Malaya akan dipertingkatkan melalui akreditasi seperti Skim Pensijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Scheme – MTCS) dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Inisiatif-inisatif di atas akan dapat meningkatkan reputasi Malaysia dalam pengurusan biodiversiti dan memudahkan akses produk ke pasaran premium.

“Malaysia sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya selaras dengan komitmen sebagai negara parti kepada Convention on Biological Diversity (CBD) sejak 1994 dan Tiger Summit Declaration 2010. Tanggungjawab melindungi sepsis ini adalah tanggungjawab bersama bagi mengelak kepupusan”, ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...