SEMASA z10

PKPD Di Selangor dan WP Kuala Lumpur

1 JULAI 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur akan dilaksanakan oleh kerajaan selama 14 hari ini bermula 3 Julai sehingga 16 Julai ini berikutan trend jangkitan yang tinggi.

Menteri Kanan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, PKPD ini diputuskan selepas perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi COVID-19 di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” ujar beliau.

Beliau menambah kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900.

Manakala di WP Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (Rnaught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK)”, ujar beliau.

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling
Mukim:
  • Petaling
  • Damansara
  • Sg Buloh
  • Bukit Raja
Daerah Hulu Langat
Mukim:
  • Hulu Langat
  • Ampang
  • Cheras
  • Kajang
  • Semenyih
  • Beranang
Daerah Sepang
Mukim:
  • Dengkil
  • Labu
  • Sepang
Daerah Gombak
Mukim:
  • Batu
  • Rawang
  • Setapak
  • Hulu kelang
  • Kuang
Daerah Kuala Langat
Mukim:
  • Tanjung 12 (1)
  • Tanjung 12 (2)
  • Teluk Panglima Garang
  • Morib
  • Bandar
  • Jugra
  • Batu
Daerah Klang
Mukim:
  • Kapar
  • Klang
Daerah Kuala Selangor
Mukim:
  • Ijok
  • Bestari Jaya
  • Jeram
Daerah Hulu Selangor
Mukim:
  • Serendah
  • Rasa
  • Ulu Yam
  • Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

Ismail Sabri berkata pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.

Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.